KUCHING: Seorang lelaki tempatan yang cedera dipercayai akibat terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri menggunakan kenderaan yang dicuri, telah ditahan polis di Hospital Bentong, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataannya hari ini berkata suspek berusia 38 tahun itu, ditahan kira-kira jam 1.00 tengah hari semalam semasa mendapat rawatan di hospital tersebut.
Beliau berkata seorang wanita tempatan berusia 34 tahun, yang ada bersama lelaki yang cedera di lengan kanan dan bahagian pinggang sebelah kanannya itu, turut ditahan.
"Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan mencuri kenderaan, satu rekod kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan satu rekod kesalahan cubaan membunuh orang," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Fortuner, yang dilaporkan kira-kira pukul 1.09 pagi pada 4 Mac di Pasar Baru Tatau, kira-kira 565 km ke utara dari sini.
Susulan laporan itu, Mohd Azman berkata sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tatau telah terserempak dengan Toyota Fortuner yang disyaki dicuri itu dan sebuah lagi kenderaan 4WD jenis Toyota Hilux yang dalam keadaan mencurigakan di Km 82, Jalan Sibu-Bintulu.
"Ketika (anggota polis) menghampiri untuk pemeriksaan, tiba-tiba kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Fortuner itu memecut laju ke arah pasukan polis.
"Pasukan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan dan tayar kedua-dua tayar kenderaan tersebut, dengan tujuan untuk menghentikan tindakan suspek namun kesemua kenderaan itu berjaya meloloskan diri," katanya.
Mohd Azman berkata kedua-dua kenderaan itu, turut merempuh sekatan jalan raya yang didirikan pasukan dari Balai Polis Selangau kira-kira 300 meter dari tempat kejadian awal, dan hampir melanggar seorang anggota polis, sebelum Toyota Fortuner itu ditemukan terbabas di tepi jalan.
"Suspek-suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan Toyota Hilux," katanya sambil menambah kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, kerana mencuri kenderaan motor dan Seksyen 307 Kanun yang sama kerana cubaan membunuh.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut untuk menghubungi Insp Mohd Hafez A. Razak di talian 012- 9677525.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Suspek berusia 38 tahun itu, ditahan kira-kira jam 1.00 tengah hari semalam semasa mendapat rawatan di hospital tersebut. - Gambar hiasan
Korea Selatan mahu tangani kadar kelahiran antara terendah dunia
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mahu mewujudkan kementerian baharu bagi menangani masalah kadar kelahiran rendah di negara berkenaan iaitu terendah di dunia sekali gus kini semakin menghampiri krisis demografi.
Isu kesesakan CIQ BSI, KSAB perlu diselesai tanpa kompromi - Tunku Mahkota Ismail
Isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) perlu diselesaikan tanpa kompromi.
Pelaksanaan GST 2.0 untuk pulihkan pendapatan negara - Thian Lai
Beliau berkata demikian apabila ketika NEF 2024 dalam membentuk landasan ekonomi negara ke arah global.
PTG Selangor ganti plot tanah milik keluarga Amar Baharin
PTG Selangor mengesahkan terdapat kesilapan teknikal berhubung pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih.
Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik - Loke
Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa kapal didakwa milik syarikat Israel dan menggunakan pelabuhan di negara ini sudah bertukar hak milik.
Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
[TERKINI] OPR kekal pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari membuat kepuitusan untuk kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Faisal Halim memasuki fasa rawatan baharu
Proses pemulihan lecur tahap empat dialami Faisal Halim, yang cedera disimbah asid kini memasuki fasa baharu iaitu rawatan rekonstruktif.
Sebuah kereta rosak teruk akibat puting beliung di Tennessee
Sebuah rakaman video pada Rabu mendedahkan sebuah kereta mengalami kerosakan teruk selepas puting beliung yang dahsyat melanda lebuhraya Interstate 65 di Columbia, Tennessee.
Nashville dan beberapa kawasan tengah Tennessee turut bersiap sedia menghadapi ribut petir yang lebih teruk berbanding Rabu hingga awal Khamis.
Nashville dan beberapa kawasan tengah Tennessee turut bersiap sedia menghadapi ribut petir yang lebih teruk berbanding Rabu hingga awal Khamis.
Kerajaan tumpu usaha selesai isu air tidak terhasil - Fadillah
Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu kadar air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara yang menyebabkan kerugian lebih RM2 bilion setahun.
Lelaki cedera ditembak ditahan untuk siasatan curi kenderaan
Seorang lelaki tempatan yang cedera dipercayai akibat terkena dua das tembakan ketika cuba melarikan diri menggunakan kenderaan yang dicuri, telah ditahan polis di Hospital Bentong, semalam.